29 February 2012

Harimau Malaya yakin sekat amukan Filipina



barisan pemain harimau malaya mahu menjinakkan skuad filipina malam ini



SKUAD kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal yang berkedudukan ke-150 dunia berdepan cabaran getir apabila Filipina, pasukan di ranking ke-156 tampak mengambil pendekatan cukup serius untuk aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila, jam 7 malam ini.

Filipina dibimbing Michael Weiss kini dalam persiapan terakhir menjelang Piala Cabaran AFC 2012 di Nepal bermula 9 Mac ini dan sudah mengadakan tiga aksi persahabatan dengan Uzbekistan B-23 (kalah 0-3), Al Ahli (menang 3-1) dan Australia B-23 (kalah 0-1) sepanjang bulan ini.

Ketika sidang media tadi (semalam), jurulatih Filipina anggap perlawanan ini penting dan mahu pemainnya beraksi habis-habisan untuk menang kerana reputasi kita sebagai juara bertahan Piala Suzuki AFF. Berdasarkan persiapan pasukan, tampak mereka lebih bersedia.
Mereka akan turunkan beberapa pemain yang beraksi di luar dan boleh dikatakan sebuah skuad lengkap berbanding kita yang hadir ke sini tanpa lima pemain - Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Faizal Muhamad yang cedera. Saya jangka ia perlawanan sengit, kata Rajagobal ketika dihubungi di Manila, petang semalam.

Dalam tempoh 24 jam ini dia juga akan memantau keadaan Safee Sali (kiri). Jika dia boleh beraksi, saya akan fikirkan gandingan mana lebih sesuai - Zaquan Adha Radzak, Abdul Manaf Mamat atau Ahmad Shakir Md Ali, jelas Rajagobal. 




sumber:berita harian online

21 February 2012

Messi 'mengamuk' di Nou Camp

MADRID - Lionel Messi garang meledak empat gol untuk menjulang Barcelona melakar kemenangan besar 5-1 ke atas Valencia di Nou Camp semalam, namun penyandang juara La Liga itu masih jauh ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Tambahan gol daripada Messi yang membuat penampilan ke-200 untuk kelabnya itu menjadikan jumlah kutipan gol musim ini kepada 27 dalam liga dan 42 untuk kesemua pertandingan.
Valencia terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan pembukaan Pablo Piatti yang menghukum kealpaan Martin Montoya dan Gerrard Pique apabila mudah menolak masuk hantaran lintang Sofiane Feghouli.

Penyokong tuan rumah lega tidak lama kemudian apabila wira sanjungan mereka, Messi membolosi gawang lawan dua kali dalam tempoh lima minit.

Adil Rami gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan peluang itu tidak disia-siakan Messi untuk melakukan penyudah dari sudut sukar.

Bintang Argentina itu kemudian meletakkan Barca di depan apabila lincah melepasi kawalan pertahanan Valencia untuk menyambut hantaran lintang Eric Abidal dan walaupun penjaga gol, Diego Alves pada awalnya berjaya menepis cubaannya, Messi pantas menyambar bola dan menolak semula ke dalam gawang.

Barca yang kembali menguasai permainan terus mencari gol tambahan dan peluang terbaik hadir menerusi Alexis Sanchez dan Cesc Fabregas, namun tidak berhasil angkara ketangkasan Alves.

Kebuntuan jaringan berjaya diakhiri jua menerusi Messi yang melengkapkan hatrik, gol keempat perlawanan ketika permainan masih berbaki 15 minit.

Pemain gantian, Xavi Hernandez melengkapkan derita Valencia dengan gol kelima pada waktu kecederaan.

Jurulatih Barca, Pep Guardiola menabik persembahan lima bintang pasukannya dan berkata, mereka tidak sepatutnya ketinggalan jauh dalam perebutan gelaran liga.

"Dengan kualiti bola sepak yang kami pamerkan, kami tidak berhak berada jauh di belakang, namun cabaran kami kini ialah memastikan perebutan gelaran masih terbuka,'' katanya. - AFP

sumber:Utusan Online

Rajagobal tak mahu pemain ambil mudah aksi bertemu Filipina

KESUNGGUHAN untuk menang biarpun hanya aksi persahabatan ditagih jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal apabila menghadapi perlawanan antarabangsa pertama tahun ini bertemu Filipina di Manila, 29 Februari ini. 

“Pemain perlu ada sikap profesional. Walaupun ini sekadar aksi persahabatan, keinginan untuk menang itu perlu ada dalam setiap pemain.

“Memang Piala Suzuki AFF 2012 masih jauh tetapi ini adalah persiapan awal ke arah itu,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, di Kelana Jaya, petang semalam.
Peringatan Rajagobal itu ada kebenarannya kerana Malaysia hanya menang tiga kali sepanjang 10 aksi berstatus A sepanjang tahun lalu - menewaskan Hong Kong 2-0, Myanmar 2-0 dan Taiwan 2-1, manakala selebihnya seri tiga kali dan tewas empat kali. 

Bagi menguji kombinasi dan keserasian pelatih yang dipanggil bagi kem latihan kali ini, skuad kebangsaan bakal bertemu skuad Liga Super Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Jumaat ini. 

“Bertemu Sabah dianggap pemanas badan terbaik kerana saya berpeluang menguji dan menilai semua pemain. Tapi Filipina juga melakukan persiapan rapi termasuk bertemu Uzbekistan, kelab Qatar dan skuad Olimpik Australia baru-baru ini,” jelas Rajagobal. 

Hanya 16 pemain menjalani latihan penuh semalam sambil empat masih cedera iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, S Subramaniam dan Faizal Muhamad. Kapten Pelita Jaya, Safee Sali dijangka menyertai latihan hari ini, disusuli tujuh pemain skuad Olimpik Khamis ini. 

Tebus maruah negara: Kim Swee

“WALAUPUN sudah tidak berpeluang ke Sukan Olimpik London tahun ini, kemenangan ke atas Jepun pasti akan kekal dalam sejarah bola sepak negara!”
Itulah kata-kata perangsang Ong Kim Swee kepada anak buahnya menjelang perlawanan kedua terakhir kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Sedar jurang dengan gergasi Asia itu masih jauh, Kim Swee berharap anak buahnya akan cuba memperbaiki permainan selepas kekalahan 0-2 di Jepun pada perlawanan pertama lalu. 

“Kita perlu realistik dengan kemampuan kita, tetapi tidak mustahil mengutip sekurang-kurangnya satu mata di laman sendiri. Dengan sokongan padu penonton, saya pasti pemain akan lebih bersemangat,” kata Kim Swee. 

“Sepanjang sesi latihan, saya nampak keazaman pemain untuk menebus maruah negara selepas empat kekalahan berturut-turut dalam peringkat kelayakan ini. Apa yang saya harapkan ialah mereka mengekalkan tumpuan hingga tamat permainan." 

Kim Swee yakin pengalaman dikutip menerusi enam perlawanan berprofil tinggi dalam kelayakan ini mampu meningkatkan prestasi pasukan menjelang saingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 yang julung kali dipertandingkan badan induk bola sepak Asia. 
“Dengan pengalaman yang dikutip pemain muda dalam dua kejohanan - Sukan SEA dan kelayakan Olimpik 2012 - saya pasti kita berpeluang meraih kejayaan pada saingan itu nanti,” kata Kim Swee selepas sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. 

Pada perlawanan esok, Kim Swee bakal kehilangan khidmat Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digantung perlawanan, serta Ahmad Hazwan Bakri yang cedera otot paha. 

14 February 2012

Hatrik keenam Ronaldo

MADRID: Cristiano Ronaldo meraih hatrik keenam bagi dirinya musim ini apabila Real Madrid mengambil langkahan besar ke arah memenangi La Liga kelmarin, bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Levante 4-2 dan melebarkan pendahuluan kepada 10 mata ke atas Barcelona. 


 

Selepas Gustavo Cabral memberikan kejutan dengan gol pendahuluan, Ronaldo memperoleh gol pertamanya menerusi sepakan penalti ekoran bola terkena tangan Vicente Iborra, yang turut dibuang padang ekoran menerima kad kuning kedua.

Ronaldo menanduk masuk hantaran lintang Gonzalo Higuain pada minit ke-49 dan kemudian melengkapkan hatriknya dengan rembatan cantik dari jarak 30 meter yang menerjah ke bahagian atas jaring gol.
Satu jaringan tandukan oleh Arouna Kone kemudian memberikan sedikit harapan buat Levante, tetapi Karim Benzema menjaringkan gol keempat untuk Real pada minit ke-65. 

Tatkala Barcelona, yang tewas 3-2 kepada Osasuna di tempat lawan Sabtu lalu, Real tampak dalam prestasi yang begitu cemerlang apabila menang 19 daripada 22 perlawanan mereka dan menjaringkan 75 gol yang meletakkan mereka di landasan untuk meraih kejuaraan liga pertama sejak 2008. 

“Masih ada banyak mata dan banyak perlawanan menanti dengan semua adalah sukar kerana ada banyak faktor yang mempengaruhi,” kata jurulatih Real, Jose Mourinho. “Kami perlukan lebih 39 mata lagi untuk menjadi juara – 13 kemenangan tetapi perbezaan 10 mata ini kini memberikan kami ruang untuk melakukan kesilapan.” – AFP



sumber:berita harian online

08 February 2012

01 February 2012

Bekas bintang United lebur harapan City




         Setelah mengharungi 23 perlawanan liga,United kini sedang berkongsi mata dengan City setelah perlawanan semalam menyaksikan City tumbang ditangan Everton ,manakala United pula mengukuhkan cengkaman liga mengekori dekat City apabila menewaskan Stoke City menerusi Dimitar Berbatov dan Javier Hernandez.Impian City untuk menjarakkan mata kepada 3 mata tidak kesampaian apabila bekas bintang United ,Darren Gibson menjaringkan gol pada minit 60.

Keputusan lain:

Swansea City 1-1 Chelsea
Tottenham      3-1 Wigan
Wolves           0-3 Liverpool
Everton          1-0 City
M.United       2-0 Stoke City
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...