26 January 2012

Apex tak turun latihan

            Setelah diberi cuti sempena menyambut Hari Raya Cina,kesemua 24 pemain skuad Olimpik kebangsaan kembali berlatih di padang latihan FAM kecuali ketua pasukan iaitu Khairul Fahmi Che Mat.Skuad Olimpik menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Olimpik bertemu Bahrain dan persiapan bagi menghadapi perlawanan Liga Singapura yang akan bermula pada Februari nanti.Skuad Olimpik negara dijadualkan berlepas ke Bahrain pada 1 Februari depan.Apex mungkin mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan menyebabkan dia tidak dapat menghadirkan diri untuk sesi latihan pertama bersama 24 pemain yang lain.


p/s:Fikir positif tentang Apex,sokonglah skuad negara kerana dengan sokongan kitalah mereka berusaha untuk lebih bersungguh-sungguh.

Carlos Teves dilelong di eBay

         Penyerang sensasi Argentina sering dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab terkemuka Eropah.Teves dikatakan akan ke Ac Milan,adakah khabar angin ini benar.Namun begitu,bagi kelab dari Malaysia(Liga Super) juga mampu untuk membeli Teves kerana pemain tersebut telah dilelong di eBay.Bagi pasukan yang mengalami masalah dengan penyerang import mereka disarankan untuk membeli Teves.

24 January 2012

Main bola sejuta foul


Satu-satunya perlawanan bola sepak yang dibenarkan untuk player tackle sebanyak mungkin terhadap lawan masing-masing.Apa yang lihat tidak sama apa yang rasa,nak tahu pasal game ni,Cubelah!

23 January 2012

Free Kick Nakamura masuk Bas

United hambat City ke puncak Epl

kecewa Friedel ,gagal menyelamatkan gawang Tottenham

                    Malam semalam berlangsung perlawanan dimana dua kuasa Epl masing-masing menumbangkan lawan mereka.Terdahulu,City menewaskan Tottenham dengan jaringan 3-2.City mendahului 2-0 menerusi jaringan Lescot dan Nasri sebelum J.Defoe dan G.Bale menyamakan kedudukan 2-2.City hampir pasti pulang dengan berkongsi satu mata dengan Tottenham sebelum Balotelli menafikannya dengan jaringan penalti setelah dijatuhkan didalam kotak penalti pada babak akhir perlawanan.


Welbeck meraikan jaringannya
                  Dengan  perbezaan mata sebanyak 6 mata,United pula merapatkan jurang mata tersebut kepada 3 mata setelah menumbangkan The Gunners di Emirates dengan jaringan 2-1.United mula mengasak kubu The Gunners sebelum Valencia menanduk cantik setelah menerima hantaran silang daripada Ryan Giggs.Bermula babak kedua perlawanan,The Gunners mula mengatur strategi dan berjaya menjaringkan gol menerusi Van Persie.Jaringan tersebut merupakan ganjaran kepada peminat The Gunners setelah Van Persie mensia-siakan peluang terhidang di depan gol.Tersentak dengan jaringan tersebut United kembali merombak strategi mereka dengan memasukkan Paul Scholes semula ke bahagian tengah dan menggantikan Rafael dengan Park Ji Sung.Mereka berjaya memperolehi gol menerusi Danny Welbeck setelah berlaku kucar-kacir didepan gawang Gunners

22 January 2012

TRW kekal di puncak liga super

Terengganu menang, The Red Warriors kekal kuasai puncak Liga Super 

HAJAT T-Team merampas semula takhta Liga Super daripada Kelantan menemui jalan buntu, malam tadi apabila tewas 1-2 kepada pasukan abang, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Dua jaringan pemain import, Francis Forkey Doe mencipta ceria buat skuad Penyu pimpinan Mat Zan Mat Aris walaupun lawan – yang mendahului pada babak pertama – tetap memberi saingan sehingga ke wisel penamat.
T-Team hanya memerlukan 12 minit untuk membuka tirai jaringan apabila ketua pasukan, Zairo Anuar Zailani menyempurnakan sepakan penalti. 

Tersentak, Terengganu tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan balas dan hasilnya penyerang import mereka, Forkey Doe berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-20 juga menerusi sepakan penalti. 

Selepas rehat, penonton sekali lagi disajikan dengan serangan merbahaya namun ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan membataskan usaha menambah jumlah jaringan gol. 

Skuad kendalian Yunus Aliff yang terpaksa beraksi 10 pemain tetap menunjukkan semangat melawan dengan melancarkan serangan ke gawang lawan namun mudah dipatahkan barisan pertahan Terengganu. 
Keputusan pihak pengurusan Terengganu menawarkan khidmat untuk Forkey Doe untuk saingan musim ini kini mula memberikan pulangan apabila pemain itu sekali lagi merobek gawang T-Team pada minit ke-59 untuk mengesahkan mata penuh untuk juara Piala FA itu. 



sumber:Berita Harian Online

18 January 2012

Safee,Shafiq mungkin tak ke Cardiff City


        FAKTOR usia dan isu permit kerja jelas menjadi penghalang besar kepada hajat besar dua tonggak skuad negara – Safee Sali dan Safiq Rahim – untuk mewakili kelab Cardiff City dari Wales.

Sebaliknya pihak pengurus kelab berkenaan difahamkan lebih berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda tanah air menguji bakat mereka dalam Liga Kejuaraan Inggeris itu.

“Memang pemergian dua pemain itu dapat membantu kualiti dan meningkatkan imej bola sepak negara tapi sekarang kita perlu memberikan peluang kepada pemain lebih muda.
“Bukan mereka (Safee dan Safiq) saja pemain berbakat yang kita ada tapi kita masih ada ramai pemain muda berbakat antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas yang turut terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun terbaik di Asia.

“Kita perlu memberi lebih ruang kepada pemain muda berbakat yang kita ada dengan corak permainan berkualiti tinggi seperti yang diperoleh Safee dan Safiq,” kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal di Majlis Pelancaran Logo 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, semalam.

Tahun lalu, Safee dan Safiq terpilih menjalani sesi latihan ujian bersama
kelab yang berpangkalan di selatan Wales berkenaan namun sehingga kini peluang mereka untuk menyarung jersi The Bluebirds masih menjadi teka-teki.
Sementara itu, pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata pemergian Safee dan Safiq menjalani latihan bersama Cardiff perlu dilihat daripada sudut positif sebagai pendedahan kepada pemain tempatan.


sumber:Utusan Malaysia Online

17 January 2012

Safee Sali to Galatasaray,Panathinaikos , Paris Saint Germain FC


TEKA-TEKI mengenai masa depan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelabnya, Pelita Jaya hanya akan diketahui selewat-lewatnya penghujung bulan ini.
Pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, setakat ini masih belum ada kata putus mengenai lanjutan kontrak Safee bersama Pelita Jaya sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari ini.
“Kita tunggu penghujung bulan ini. Saya akan ke sana (Indonesia) sekali lagi bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama Pelita Jaya berhubung kontrak Safee selepas perbincangan sebelum ini masih belum menemui jalan penyelesaian,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Pelita Jaya yang mahu menawarkan kontrak lanjutan selama tiga tahun bagi terus mendapatkan khidmat Safee selepas ini.
Ia begitupun kurang dipersetujui kapten Pelita Jaya itu atas alasan ‘terlalu lama’ yang dikhuatiri bakal membuatkan persembahannya kekal statik tanpa sebarang peningkatan.
Selain turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United, Safee menerusi laporan akhbar semalam juga mengakui telah dilamar oleh tiga kelab ternama Eropah.
Safee begitupun enggan mendedahkan nama ketiga- tiga kelab tersebut atas alasan ia sekadar tawaran secara lisan dan masih belum ada sebarang persembahan rasmi dibuat setakat ini.
Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.
Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.
“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya ringkas.
Safee yang telah meledak lima gol sepanjang saingan Liga Super Indonesia (ISL) musim ini merupakan penjaring gol kedua terbanyak setakat ini, selain merupakan satu-satunya pemain dari Asia Tenggara yang berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak ISL.
Pelita Jaya yang menduduki tangga keenam ISL dengan mengumpul 11 mata bakal berdepan cabaran pasukan di tangga kelapan, Mitra Kutai Kartanegara FC di Kalimantan hari ini.
Ketika ditanya mengenai sasaran peribadi Safee untuk mengatasi rekod tujuh gol yang diledaknya bersama Pelita Jaya musim lalu, kata Zakaria:
“Safee tidak meletakkan sebarang sasaran musim ini, sebaliknya berazam untuk mencetak gol setiap kali turun beraksi.”
sunber: Kosmo! Online-Sukan

16 January 2012

Safee ke Eropah


                 Safee Sali sekali lagi bakal mengangkat nama Harimau Malaya dan Malaysia sekiranya segala khabar angin menyatakan Safee dilamar oleh tiga kelab Eropah adalah benar.Setelah mengukir nama diperingkat Asean serta memegang status penyerang berbisa Asean,Safee pula bakal mengukir nama diperingkat Eropah pula.Terdapat tiga kelab yang melamar Safee namun pengurus Safee enggan menyatakannya sehingga perjanjian antara kedua-dua pihak ditandatangi kelak.Sebelum ini,setelah masalah yang melanda Liga Indonesia Safee turut menerima tawaran dari sebuah kelab Thailand,Muang Thong United.Selain itu,hasrat Safee yang mahu beraksi di Cardiff juga bakal tercapai sekiranya memenuhi syarat sekurang-kurangnya sembilan bulan beraksi di kelab Eropah.

"Saya mengaku ada menerima tawaran dari tiga kelab Eropah baru-baru ini. Tawaran itu menyatakan minat untuk menawarkan saya peluang bermain di sana."


"Namun, saya belum bersedia untuk mengumumkan nama-nama kelab berkenaan kerana semuanya terlalu awal. Lagipun ia sekadar tawaran secara lisan"

10 January 2012

King Theirry Henry meledak di Emirates


        Legenda Arsenal Theirry Henry akan beraksi semula di Emirates setelah meninggalkan The Gunners untuk menyertai gergasi Sepanyol,Barcelona dan kelab Amerika Syarikat,New York Red Bulls.Adakah Henry mampu memberi sedikit impak kepada The Gunners? Segala terjawab melalui perlawan FA Cup menentang Leeds semalam.Henry menjaringkan gol tunggal untuk the Gunners bagi membolehkan mereka mara ke pusingan seterusnya.Kegembiraan penyokong The Gunners tidak kekal lama apabila Henry hanya akan beraksi untuk Arsenal secara pinjaman bagi tempoh enam minggu setengah sahaja.


Barca seri,Real gah

Fabregas gagal membantu Barca mengutip 3 mata penuh
                Hajat Juara Sepanyol,Barcelona untuk mengukuhkan cengkaman liga tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Espanyol,sebaliknya musuh ketat mereka Real Madrid dengan mudah menewaskan Granada dengan jaringan 5-1.Real tampak selesa dipersada liga dengan penyerang berbisa mereka                                                                       Karim Benzema kembali menemui sentuhannya pada minit ke-19 diikuti Sergio Ramos, Gonzalo Higuain, Benzema(gol kedua) dan Cristiano Ronaldo.Keputusan seri Barcelona menyaksikan Real masih selesa dipersada liga dengan kelebihan 5 mata mengatasi Barca. 


Andres Iniesta juga bintang yang gagal membantu Barca

Dendam Rooney terbalas,ego City musnah

           Keegoan City sebagai Raja Epl kini telah musnah apabila tewas pada tangan jiran mereka(United).United yang kalah berturut-turut dalam dua perlawanan liga bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ke 10 menerusi Wayne Rooney yang menerima hantaran cantik dari Antonio Valencia.Nasib malang terus melanda City apabila Vincent Kompany diarah keluar padang apabila melakukan terjahan keras keatas Nani.Danny Welbeck turut melakar nama sebagai penjaring selepas mudah menyempurnakan hantaran Evra.Wayne Rooney sekali lagi menambah derita City apabila menjaringkan gol menerusi tandukkannya selepas sepakan penaltinya gagal diselamatkan.


Rooney,dendam masih membara 

             
                     Babak kedua bermula garang apabila City membuka jaringan menerusi jaringan Kolorov dan Sergio Aguero menyumbang gol kedua untuk City.Keputusan akhir United 3 ,City 2 dan United mara ke pusingan seterusnya bertemu the Reds.

06 January 2012

Safee Sali striker terbaik Asia

       Beberapa hari yang lalu,Safee Sali bersama dua orang lagi pemain Harimau Muda (Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shas) telah tersenarai sebagai pemain terbaik Asia menerusi Goal.com.Walaupun sebagai striker simpanan pilihan kesebelasan utama Asia kehebatan Safee patut dibanggakan kerana hanya yang terbaik sahaja mampu berada dalam senarai ini.



Penjaga gol
Ali Al-Habsi(Wigan Athletic/Oman)




Bek kanan

Makoto Hasebe(VfL Wolfsburg/Jepun)



Bek tengah
Lee Jung-Soo(Al Sadd/Korea Selatan)


Li Weifeng(Tianjin Teda/China)


Bek kiri
Yuto Nagatomo(Inter/Japan)



Sayap kanan
Park Ji-Sung(Manchester United/Korea Selatan)





Tengah
Mojtaba Jabbari(Esteghlal/Iran)


Server Djeparov(FC Seoul/Al Shabab/Uzbekistan)


Sayap kiri
Matt McKay(Brisbane Roar/Rangers/Australia)


Penyerang
Lee Dong-Gook(Jeonbuk Motors/Korea Selatan)                                                                                          Joshua Kennedy(Nagoya Grampus/Australia)








Simpanan

  1. Mark Schwarzer (AUS)
  1. Hadi Aghily (IRN)
  2. Ahmad Bustomi (IDN)
  3. Shinji Kagawa (JPN)
  4. Safee Sali (MAS)

    Park Chu-Young (KOR)



Mike Havenaar (JPN)


EPL TABLE

Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shas terbaik U23 Asia

Penjaga gawang negara(apek) dan pertahanan negara(fadhli shas) sekali menjadi bualan ramai apabila kedua-dua mereka tersenarai dalam senarai pemain U23 terbaik 2011 melalui satu laman web terkenal Goal.com.Apa yang membanggakan ,mereka adalah sebaris dengan bintang muda Asia lain yang bermain di kelab-kelab terkenal Eropah.



  1. Goalkeeper – Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA and Malaysia)
  2. Right-back – Hiroki Sakai (Kashiwa Reysol and Japan)
  3. Centre-back – Rhys Williams (Middlesbrough and Australia)
  4. Centre-back – Fadhli Shas (Harimau Muda A and Malaysia)
  5. Left-back – Ehsan Hajsafi (Sepahan/Tractor Sazi and Iran)
  6. Right midfield – Hiroshi Kiyotake (Cerezo Osaka and Japan)
  7. Centre midfield – Ki Sung-Yueng (Celtic and South Korea)
  8. Centre midfield – Odil Ahmedov (Anzhi Makhachkala and Uzbekistan)
  9. Left midfield – Andik Vermansyah (Persebaya 1927 and Indonesia)
  10. Striker – Ji Dong-Won (Chunnam Dragons/Sunderland and South Korea)
  11. Striker – Jeje Lalpekhlua (Pune FC and India)

SUBSTITUTES

  1. Goalkeeper – Neil Etheridge (PHILIPPINES)
  2. Defender – M. Muzeper (CHINA)
  3. Defender – Hong Chul (SOUTH KOREA)
  4. Midfielder – Seo Jung-Jin (SOUTH KOREA)
  5. Midfielder – Saad Abdul-Amir (IRAQ)
  6. Striker – Karim Ansarifard (IRAN)
  7. Striker – Zhang Chengdong (CHINA)
dengan kejayaan ini maka diharapkan lebih ramai lagi pemain negara kita akan tersenarai sekali gus mampu membawa Malaysia mengaum di pentas akhir Piala Dunia.


kereta kebal terakhir Harimau Malaya ini memang sukar untuk ditembusi bersama gandingannya Muslim

tangkas Apek mengawal pelbagai situasi didepan gawang Malaysia

Safee Sali kembali??

       Nasib penyerang sensasi Harimau Malaya bagaikan tidak menentu apabila pasukan dimana Safee beraksi sekarang iaitu Pelita Jaya berada dalam liga yang diharamkan badan induk bola sepak dunia FIFA.Sekiranya perkara tersebut terjadi penyerang negara itu bakal berdepan cabaran getir apabila diharamkan juga untuk mewakili pasukan kebangsaan.Semua persoalan bakal terjawab pada hujung bulan ini kerana kontrak Safee bersama Pelita Jaya bakal tamat pada 31 Januari 2012 ini.Safee harus melakukan keputusan yang tepat demi menyelamatkan kariernya bersama pasukan kebangsaan.Jika Safee kembali ke tanah air,semestinya Liga Super pada tahun ini akan bertambah meriah dengan kehadiran semula penyerang berbisa kebangsaan disamping kemunculan semula awang import ke tanah air.

bersahaja Safee dengan tendangan 'bicycle kick'

Adakah jersi ini Safee akan sarung pada musim depan?

United tumbang,City garang

Anderson kembali bermain setelah diketepikan akibat kecederaan
Ryan Giggs bintang tua yang masih bersinar,tetapi tidak diturunkan  menentang Blackburn
Nani bagaikan pemain Rugbi pada malam menentang Blackburn
              Setelah mengharungi dua perlawanan selepas Hari Natal yang lalu,anak didik serba tidak menjadi apabila tumbang dua kali beturut-turut kepada lawan kerdil liga perdana Inggeris.Minggu lalu yang merupakan Tahun baru 2012 bagaikan minggu badi bagi semua kelab ternama Epl apabila tewas pada lawan masing-masing.


             City yang merupakan Real Madrid Kota London turut terkena badi tersebut.Selain itu,hasrat anak buah Alex Ferguson untuk merapatkan jurang dengan City tidak kesampaian apabila dengan mudah dimalukan oleh pasukan tangga kedua tercorot (Blackburn Rovers).Walaupun United mempamerkan permainan yang bertenaga sempena menyambut Tahun Baru 2012,United menguasai hampir keseluruhan permainan namun kekurangan beberapa tonggak berbisa menyebabkan The Red Devils hilang punca didepan gol walaupun banyak peluang terhidang.Alex Ferguson menganggap perlawanan tersebut sebagai badi tahun baru,namun sebaliknya terjadi apabila hasrat untuk merapatkan jurang mata dengan jiran terdekat mereka tidak kesampaian apabila United sekali lagi diaibkan dengan jaringan 3-0 manakala City pula menang 3-0 mengatasi the Kops(Liverpool)


Micheal Carrick mengisi kekosongan pertahanan United yang  dilanda kecederaan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...