18 January 2012

Safee,Shafiq mungkin tak ke Cardiff City


        FAKTOR usia dan isu permit kerja jelas menjadi penghalang besar kepada hajat besar dua tonggak skuad negara – Safee Sali dan Safiq Rahim – untuk mewakili kelab Cardiff City dari Wales.

Sebaliknya pihak pengurus kelab berkenaan difahamkan lebih berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda tanah air menguji bakat mereka dalam Liga Kejuaraan Inggeris itu.

“Memang pemergian dua pemain itu dapat membantu kualiti dan meningkatkan imej bola sepak negara tapi sekarang kita perlu memberikan peluang kepada pemain lebih muda.
“Bukan mereka (Safee dan Safiq) saja pemain berbakat yang kita ada tapi kita masih ada ramai pemain muda berbakat antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas yang turut terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun terbaik di Asia.

“Kita perlu memberi lebih ruang kepada pemain muda berbakat yang kita ada dengan corak permainan berkualiti tinggi seperti yang diperoleh Safee dan Safiq,” kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal di Majlis Pelancaran Logo 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, semalam.

Tahun lalu, Safee dan Safiq terpilih menjalani sesi latihan ujian bersama
kelab yang berpangkalan di selatan Wales berkenaan namun sehingga kini peluang mereka untuk menyarung jersi The Bluebirds masih menjadi teka-teki.
Sementara itu, pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata pemergian Safee dan Safiq menjalani latihan bersama Cardiff perlu dilihat daripada sudut positif sebagai pendedahan kepada pemain tempatan.


sumber:Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...