21 September 2012

Cristiano Ronaldo tutup mulut pengkritik







                    Peledak berbisa Real Madrid berjaya menutup mulut pengkritik apabila menjaringkan gol menakjubkan menundukkan juara Liga Perdana Inggeris , Manchester City.Real hampir dimalukan dihadapan penyokong sendiri namum jaringan menakjubkan Cristiano Ronaldo pada lewat perlawanan membuatkan tuan rumah memungut 3 mata berharga pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah.   


Ronaldo ketika meraikan jaringannya

Jose Mourinho turut meraikannya

               Sebelum itu, Marcelo menyamakan kedudukan 1-1 setelah Edin Dzeko membuka jaringan pelawat.Setelah tersentak dengan jaringan seterusnya oleh Kolarov , Jose Mourinho memasukkan Karim Benzema dan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-87. Pada lewat perlawanan, Cristiano Ronaldo berjaya menambah derita City setelah percubaan beliau gagal ditangkap Joe Hart . Ia adalah sepakan yang menakjubkan dan jarang mana-mana pemain dapat melakukannya. Jaringan tersebut telah berjaya menutup mulut pengkritik yang menyatakan prestasi  Ronaldo dan Real menurun sejak kemenangan Real keatas Getafe tempoh hari dimana Ronaldo enggan meraikan jaringannya. Dalam perlawanan menentang City, pengurus Real Jose Mourinho turut meraikan jaringan tersebut sama seperti yang dilakukan Ronaldo.

"Carrick" penyelamat United

          Manchester United sekali melakar sejarah gemilang mereka dengan kemenangan bergaya apabila menuduk kelab Turki,Galatasaray di Old Trafford. United terlebih dahulu membuka jaringan melalui perancang tengah mereka Micheal Carrick pada minit ke-7 apabila bijak memperdaya penjaga gol Galatasaray ,Fernando Muslera. Kedua-dua pasukan begitu teruja untuk menghasilkan jaringan dengan beberapa cubaan menarik namum tuah tidak menyebelahi Galatasaray apabila dua kali percubaan mereka terkena palang dan tiang.


Carrick (tengah) meraikan jaringannya bersama Kagawa (kanan) dan V.Persie (kiri)
        

         United bakal menambah jaringan kepada 2 gol setelah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-53 namun penalti tersebut gagal disempurkan pemain kontroversi mereka Nani. Pengurus United menegaskan bahawa Robin Van Persie sepatutnya melakukan sepakan penalti tersebut tetapi Nani terlebih dahulu mengambil bola dan terus melakukan sepakan." Secara jujurnya saya tiada idea siapa patut mengambil sepakan," kata Ferguson mengenai kegagalan United mendahului dengan 2 gol .

Nani gagal menyempurnakan sepakannnya


11 May 2012

Nazmi Faiz ke tanah air Cristiano Ronaldo

      Pemain tengah Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee bakal mengharumkan nama Malaysia dan Harimau Malaya sekiranya berjaya dalam sesi ujian selama seminggu di Portugal.Kelab tersebut berminat untuk menguji Nazmi setelah beliau menunjukkan prestasi yang memberangsangkan yang ketika ini  beraksi bersama Harimau Muda untuk kejohanan Liga Singapura.








  Nazmi akan berangkat ke Portugal untuk sesi ujian selama seminggu bermula 13 Mei sehingga 21 Mei untuk diuji bersama kelab Divisyen 1 Portugal,S.C Beira-Mar.Bintang muda negara itu diintai kelab Portugal bukan atas dasar pertolongan dari malah FAM tetapi atas dasar merit.

  
    SC Beira-Mar beraksi dalam Liga Premeira iaitu Liga utama Portugal dan turut bersaing bersama pasukan ternama Eropah seperti FC Porto,Benfica serta Sporting Lisbon dan kini berada pada tangga ke-12 daripada 16 pasukan.



27 April 2012

Harimau Malaya uji Sri Lanka

               Skuad kebangsaan sekali lagi akan turun dalam satu perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka malam esok di Stadium Shah Alam.Walaupun ketika ini ranking negara pada kedudukan (ke-156) ,namum misi utama perlawana tersebut adalah membentuk semula skuad termantap bagi mempertahankan semula jaguh Asia Tenggara dengan memenangi sekali Piala AFF Suzuki dimana Malaysia dan Thailand menjadi tuan rumah bersama.

misi mempertahankan AFF Suzuki Cup 2012



            Menurut pertahanan negara “Ketika ini, saya lihat semua rakan memberikan komitmen yang baik menjelang perlawanan dengan Sri Lanka kerana kami sedar ia penting untuk memperbaiki ranking itu. Tetapi bagi saya, ia bukanlah sasaran utama kerana tumpuan kami lebih terarah untuk mengekalkan Piala AFF Suzuki nanti. 

Gergasi Sepanyol Tumbang Di UCL



KUASA bola sepak dunia, Sepanyol menerima tamparan hebat apabila dua kelab gergasi La Liga, Barcelona dan Real Madrid tersingkir dan gagal ke final Liga Juara-Juara di Arena Allianz Munich, 19 Mei ini.


Ronaldo ayam tambatan Madrid pada mulanya tetapi gagal menyempurnkan penalti

Selang 24 jam selepas Barcelona dihampakan jaringan saat akhir Fernando Torres untuk kemenangan agregat 3-2 Chelsea di Camp Nou, giliran Real Madrid pula tewas menerusi sepakan penalti penentuan kepada kelab Jerman, Bayern Munich di Santiago Bernabeu, awal pagi semalam.


Bintang terhebat dunia 2011 juga gagal menyempurnakan sepakan penalti


Dengan barisan bintang bernilai ratusan juta ringgit yang diturunkan Real Madrid, diketuai Cristiano Ronaldo, yang memberikan pendahuluan dengan dua gol awal, penjaring hebat itu gagal menepati statusnya selepas sepakan penalti penentuannya dinafikan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer.

07 March 2012

Milan, Benfica mara



Van Persie menyumbang satu gol untuk the Gunners namum mereka layak ke peringkat seterusnya melalui agregat 4-3



PARIS: Bekas juara, AC Milan mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara walaupun tewas 3-0 kepada Arsenal apabila menang dengan agregat 4-3. 

Milan yang pertama kali melepaskan tiga gol untuk kali pertama dalam saingan Liga Juara-Juara sejak April 2004 apabila tewas 4-0 kepada Deportivo La Coruna, mara bersama pasukan Portugal, Benfica.

Benfica menewaskan juara Russia, Zenit Saint-Petersburg 2-0 untuk agregat 4-3 dan mara ke peringkat suku akhir untuk kali pertama sejak 2006. - AFP



sumber: berita harian online

01 March 2012

Harimau Malaya gagal " ngap " Filipina



           Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal sekali lagi gagal menyerlah apabila hanya sekadar seri dengan jaringan 1-1 bertemu Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila, malam tadi.


       Tuan Rumah bermula cemerlang dengan berjaya membolosi gawang negara menerusi penyerang kelahiran Jerman, Denis Wolf yang beraksi untuk kelab Divisyen 4 Jerman, FC Magdeburg seawal minit ke-34.


         Kesebelasan utama negara adalah-Farizal Marlias, Bunyamin Umar, S Subramaniam, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar, Wan Zack Haikal Wan Nor, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S Kunanlan, Abd Manaf Mamat dan Safee Sali.


      Jurulatih negara melakukan enam pertukaran dengan memasukkan Amiridzwan Taj Tajuddin, Zaquan Adha Radzak, Khairul Fahmi Che Mat, G Mahathevan, Ashari Samsudin serta Ahmad Shakir yang masuk menggantikan Wan Zack Haikal pada minit ke-80.


Pertukaran tersebut nyata berbaloi apabila Shakir Ali dengan mudah menyempurnakan hantaran Safee Sali pada waktu kecederaan.

29 February 2012

Harimau Malaya yakin sekat amukan Filipina



barisan pemain harimau malaya mahu menjinakkan skuad filipina malam ini



SKUAD kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal yang berkedudukan ke-150 dunia berdepan cabaran getir apabila Filipina, pasukan di ranking ke-156 tampak mengambil pendekatan cukup serius untuk aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila, jam 7 malam ini.

Filipina dibimbing Michael Weiss kini dalam persiapan terakhir menjelang Piala Cabaran AFC 2012 di Nepal bermula 9 Mac ini dan sudah mengadakan tiga aksi persahabatan dengan Uzbekistan B-23 (kalah 0-3), Al Ahli (menang 3-1) dan Australia B-23 (kalah 0-1) sepanjang bulan ini.

Ketika sidang media tadi (semalam), jurulatih Filipina anggap perlawanan ini penting dan mahu pemainnya beraksi habis-habisan untuk menang kerana reputasi kita sebagai juara bertahan Piala Suzuki AFF. Berdasarkan persiapan pasukan, tampak mereka lebih bersedia.
Mereka akan turunkan beberapa pemain yang beraksi di luar dan boleh dikatakan sebuah skuad lengkap berbanding kita yang hadir ke sini tanpa lima pemain - Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Faizal Muhamad yang cedera. Saya jangka ia perlawanan sengit, kata Rajagobal ketika dihubungi di Manila, petang semalam.

Dalam tempoh 24 jam ini dia juga akan memantau keadaan Safee Sali (kiri). Jika dia boleh beraksi, saya akan fikirkan gandingan mana lebih sesuai - Zaquan Adha Radzak, Abdul Manaf Mamat atau Ahmad Shakir Md Ali, jelas Rajagobal. 




sumber:berita harian online

21 February 2012

Messi 'mengamuk' di Nou Camp

MADRID - Lionel Messi garang meledak empat gol untuk menjulang Barcelona melakar kemenangan besar 5-1 ke atas Valencia di Nou Camp semalam, namun penyandang juara La Liga itu masih jauh ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Tambahan gol daripada Messi yang membuat penampilan ke-200 untuk kelabnya itu menjadikan jumlah kutipan gol musim ini kepada 27 dalam liga dan 42 untuk kesemua pertandingan.
Valencia terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan pembukaan Pablo Piatti yang menghukum kealpaan Martin Montoya dan Gerrard Pique apabila mudah menolak masuk hantaran lintang Sofiane Feghouli.

Penyokong tuan rumah lega tidak lama kemudian apabila wira sanjungan mereka, Messi membolosi gawang lawan dua kali dalam tempoh lima minit.

Adil Rami gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan peluang itu tidak disia-siakan Messi untuk melakukan penyudah dari sudut sukar.

Bintang Argentina itu kemudian meletakkan Barca di depan apabila lincah melepasi kawalan pertahanan Valencia untuk menyambut hantaran lintang Eric Abidal dan walaupun penjaga gol, Diego Alves pada awalnya berjaya menepis cubaannya, Messi pantas menyambar bola dan menolak semula ke dalam gawang.

Barca yang kembali menguasai permainan terus mencari gol tambahan dan peluang terbaik hadir menerusi Alexis Sanchez dan Cesc Fabregas, namun tidak berhasil angkara ketangkasan Alves.

Kebuntuan jaringan berjaya diakhiri jua menerusi Messi yang melengkapkan hatrik, gol keempat perlawanan ketika permainan masih berbaki 15 minit.

Pemain gantian, Xavi Hernandez melengkapkan derita Valencia dengan gol kelima pada waktu kecederaan.

Jurulatih Barca, Pep Guardiola menabik persembahan lima bintang pasukannya dan berkata, mereka tidak sepatutnya ketinggalan jauh dalam perebutan gelaran liga.

"Dengan kualiti bola sepak yang kami pamerkan, kami tidak berhak berada jauh di belakang, namun cabaran kami kini ialah memastikan perebutan gelaran masih terbuka,'' katanya. - AFP

sumber:Utusan Online

Rajagobal tak mahu pemain ambil mudah aksi bertemu Filipina

KESUNGGUHAN untuk menang biarpun hanya aksi persahabatan ditagih jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal apabila menghadapi perlawanan antarabangsa pertama tahun ini bertemu Filipina di Manila, 29 Februari ini. 

“Pemain perlu ada sikap profesional. Walaupun ini sekadar aksi persahabatan, keinginan untuk menang itu perlu ada dalam setiap pemain.

“Memang Piala Suzuki AFF 2012 masih jauh tetapi ini adalah persiapan awal ke arah itu,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, di Kelana Jaya, petang semalam.
Peringatan Rajagobal itu ada kebenarannya kerana Malaysia hanya menang tiga kali sepanjang 10 aksi berstatus A sepanjang tahun lalu - menewaskan Hong Kong 2-0, Myanmar 2-0 dan Taiwan 2-1, manakala selebihnya seri tiga kali dan tewas empat kali. 

Bagi menguji kombinasi dan keserasian pelatih yang dipanggil bagi kem latihan kali ini, skuad kebangsaan bakal bertemu skuad Liga Super Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Jumaat ini. 

“Bertemu Sabah dianggap pemanas badan terbaik kerana saya berpeluang menguji dan menilai semua pemain. Tapi Filipina juga melakukan persiapan rapi termasuk bertemu Uzbekistan, kelab Qatar dan skuad Olimpik Australia baru-baru ini,” jelas Rajagobal. 

Hanya 16 pemain menjalani latihan penuh semalam sambil empat masih cedera iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, S Subramaniam dan Faizal Muhamad. Kapten Pelita Jaya, Safee Sali dijangka menyertai latihan hari ini, disusuli tujuh pemain skuad Olimpik Khamis ini. 

Tebus maruah negara: Kim Swee

“WALAUPUN sudah tidak berpeluang ke Sukan Olimpik London tahun ini, kemenangan ke atas Jepun pasti akan kekal dalam sejarah bola sepak negara!”
Itulah kata-kata perangsang Ong Kim Swee kepada anak buahnya menjelang perlawanan kedua terakhir kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Sedar jurang dengan gergasi Asia itu masih jauh, Kim Swee berharap anak buahnya akan cuba memperbaiki permainan selepas kekalahan 0-2 di Jepun pada perlawanan pertama lalu. 

“Kita perlu realistik dengan kemampuan kita, tetapi tidak mustahil mengutip sekurang-kurangnya satu mata di laman sendiri. Dengan sokongan padu penonton, saya pasti pemain akan lebih bersemangat,” kata Kim Swee. 

“Sepanjang sesi latihan, saya nampak keazaman pemain untuk menebus maruah negara selepas empat kekalahan berturut-turut dalam peringkat kelayakan ini. Apa yang saya harapkan ialah mereka mengekalkan tumpuan hingga tamat permainan." 

Kim Swee yakin pengalaman dikutip menerusi enam perlawanan berprofil tinggi dalam kelayakan ini mampu meningkatkan prestasi pasukan menjelang saingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 yang julung kali dipertandingkan badan induk bola sepak Asia. 
“Dengan pengalaman yang dikutip pemain muda dalam dua kejohanan - Sukan SEA dan kelayakan Olimpik 2012 - saya pasti kita berpeluang meraih kejayaan pada saingan itu nanti,” kata Kim Swee selepas sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. 

Pada perlawanan esok, Kim Swee bakal kehilangan khidmat Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digantung perlawanan, serta Ahmad Hazwan Bakri yang cedera otot paha. 

14 February 2012

Hatrik keenam Ronaldo

MADRID: Cristiano Ronaldo meraih hatrik keenam bagi dirinya musim ini apabila Real Madrid mengambil langkahan besar ke arah memenangi La Liga kelmarin, bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Levante 4-2 dan melebarkan pendahuluan kepada 10 mata ke atas Barcelona. 


 

Selepas Gustavo Cabral memberikan kejutan dengan gol pendahuluan, Ronaldo memperoleh gol pertamanya menerusi sepakan penalti ekoran bola terkena tangan Vicente Iborra, yang turut dibuang padang ekoran menerima kad kuning kedua.

Ronaldo menanduk masuk hantaran lintang Gonzalo Higuain pada minit ke-49 dan kemudian melengkapkan hatriknya dengan rembatan cantik dari jarak 30 meter yang menerjah ke bahagian atas jaring gol.
Satu jaringan tandukan oleh Arouna Kone kemudian memberikan sedikit harapan buat Levante, tetapi Karim Benzema menjaringkan gol keempat untuk Real pada minit ke-65. 

Tatkala Barcelona, yang tewas 3-2 kepada Osasuna di tempat lawan Sabtu lalu, Real tampak dalam prestasi yang begitu cemerlang apabila menang 19 daripada 22 perlawanan mereka dan menjaringkan 75 gol yang meletakkan mereka di landasan untuk meraih kejuaraan liga pertama sejak 2008. 

“Masih ada banyak mata dan banyak perlawanan menanti dengan semua adalah sukar kerana ada banyak faktor yang mempengaruhi,” kata jurulatih Real, Jose Mourinho. “Kami perlukan lebih 39 mata lagi untuk menjadi juara – 13 kemenangan tetapi perbezaan 10 mata ini kini memberikan kami ruang untuk melakukan kesilapan.” – AFP



sumber:berita harian online

08 February 2012

01 February 2012

Bekas bintang United lebur harapan City




         Setelah mengharungi 23 perlawanan liga,United kini sedang berkongsi mata dengan City setelah perlawanan semalam menyaksikan City tumbang ditangan Everton ,manakala United pula mengukuhkan cengkaman liga mengekori dekat City apabila menewaskan Stoke City menerusi Dimitar Berbatov dan Javier Hernandez.Impian City untuk menjarakkan mata kepada 3 mata tidak kesampaian apabila bekas bintang United ,Darren Gibson menjaringkan gol pada minit 60.

Keputusan lain:

Swansea City 1-1 Chelsea
Tottenham      3-1 Wigan
Wolves           0-3 Liverpool
Everton          1-0 City
M.United       2-0 Stoke City

26 January 2012

Apex tak turun latihan

            Setelah diberi cuti sempena menyambut Hari Raya Cina,kesemua 24 pemain skuad Olimpik kebangsaan kembali berlatih di padang latihan FAM kecuali ketua pasukan iaitu Khairul Fahmi Che Mat.Skuad Olimpik menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Olimpik bertemu Bahrain dan persiapan bagi menghadapi perlawanan Liga Singapura yang akan bermula pada Februari nanti.Skuad Olimpik negara dijadualkan berlepas ke Bahrain pada 1 Februari depan.Apex mungkin mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan menyebabkan dia tidak dapat menghadirkan diri untuk sesi latihan pertama bersama 24 pemain yang lain.


p/s:Fikir positif tentang Apex,sokonglah skuad negara kerana dengan sokongan kitalah mereka berusaha untuk lebih bersungguh-sungguh.

Carlos Teves dilelong di eBay

         Penyerang sensasi Argentina sering dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab terkemuka Eropah.Teves dikatakan akan ke Ac Milan,adakah khabar angin ini benar.Namun begitu,bagi kelab dari Malaysia(Liga Super) juga mampu untuk membeli Teves kerana pemain tersebut telah dilelong di eBay.Bagi pasukan yang mengalami masalah dengan penyerang import mereka disarankan untuk membeli Teves.

24 January 2012

Main bola sejuta foul


Satu-satunya perlawanan bola sepak yang dibenarkan untuk player tackle sebanyak mungkin terhadap lawan masing-masing.Apa yang lihat tidak sama apa yang rasa,nak tahu pasal game ni,Cubelah!

23 January 2012

Free Kick Nakamura masuk Bas

United hambat City ke puncak Epl

kecewa Friedel ,gagal menyelamatkan gawang Tottenham

                    Malam semalam berlangsung perlawanan dimana dua kuasa Epl masing-masing menumbangkan lawan mereka.Terdahulu,City menewaskan Tottenham dengan jaringan 3-2.City mendahului 2-0 menerusi jaringan Lescot dan Nasri sebelum J.Defoe dan G.Bale menyamakan kedudukan 2-2.City hampir pasti pulang dengan berkongsi satu mata dengan Tottenham sebelum Balotelli menafikannya dengan jaringan penalti setelah dijatuhkan didalam kotak penalti pada babak akhir perlawanan.


Welbeck meraikan jaringannya
                  Dengan  perbezaan mata sebanyak 6 mata,United pula merapatkan jurang mata tersebut kepada 3 mata setelah menumbangkan The Gunners di Emirates dengan jaringan 2-1.United mula mengasak kubu The Gunners sebelum Valencia menanduk cantik setelah menerima hantaran silang daripada Ryan Giggs.Bermula babak kedua perlawanan,The Gunners mula mengatur strategi dan berjaya menjaringkan gol menerusi Van Persie.Jaringan tersebut merupakan ganjaran kepada peminat The Gunners setelah Van Persie mensia-siakan peluang terhidang di depan gol.Tersentak dengan jaringan tersebut United kembali merombak strategi mereka dengan memasukkan Paul Scholes semula ke bahagian tengah dan menggantikan Rafael dengan Park Ji Sung.Mereka berjaya memperolehi gol menerusi Danny Welbeck setelah berlaku kucar-kacir didepan gawang Gunners

22 January 2012

TRW kekal di puncak liga super

Terengganu menang, The Red Warriors kekal kuasai puncak Liga Super 

HAJAT T-Team merampas semula takhta Liga Super daripada Kelantan menemui jalan buntu, malam tadi apabila tewas 1-2 kepada pasukan abang, Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Dua jaringan pemain import, Francis Forkey Doe mencipta ceria buat skuad Penyu pimpinan Mat Zan Mat Aris walaupun lawan – yang mendahului pada babak pertama – tetap memberi saingan sehingga ke wisel penamat.
T-Team hanya memerlukan 12 minit untuk membuka tirai jaringan apabila ketua pasukan, Zairo Anuar Zailani menyempurnakan sepakan penalti. 

Tersentak, Terengganu tidak menunggu lama untuk melancarkan serangan balas dan hasilnya penyerang import mereka, Forkey Doe berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-20 juga menerusi sepakan penalti. 

Selepas rehat, penonton sekali lagi disajikan dengan serangan merbahaya namun ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan membataskan usaha menambah jumlah jaringan gol. 

Skuad kendalian Yunus Aliff yang terpaksa beraksi 10 pemain tetap menunjukkan semangat melawan dengan melancarkan serangan ke gawang lawan namun mudah dipatahkan barisan pertahan Terengganu. 
Keputusan pihak pengurusan Terengganu menawarkan khidmat untuk Forkey Doe untuk saingan musim ini kini mula memberikan pulangan apabila pemain itu sekali lagi merobek gawang T-Team pada minit ke-59 untuk mengesahkan mata penuh untuk juara Piala FA itu. 



sumber:Berita Harian Online

18 January 2012

Safee,Shafiq mungkin tak ke Cardiff City


        FAKTOR usia dan isu permit kerja jelas menjadi penghalang besar kepada hajat besar dua tonggak skuad negara – Safee Sali dan Safiq Rahim – untuk mewakili kelab Cardiff City dari Wales.

Sebaliknya pihak pengurus kelab berkenaan difahamkan lebih berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda tanah air menguji bakat mereka dalam Liga Kejuaraan Inggeris itu.

“Memang pemergian dua pemain itu dapat membantu kualiti dan meningkatkan imej bola sepak negara tapi sekarang kita perlu memberikan peluang kepada pemain lebih muda.
“Bukan mereka (Safee dan Safiq) saja pemain berbakat yang kita ada tapi kita masih ada ramai pemain muda berbakat antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas yang turut terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun terbaik di Asia.

“Kita perlu memberi lebih ruang kepada pemain muda berbakat yang kita ada dengan corak permainan berkualiti tinggi seperti yang diperoleh Safee dan Safiq,” kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal di Majlis Pelancaran Logo 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, semalam.

Tahun lalu, Safee dan Safiq terpilih menjalani sesi latihan ujian bersama
kelab yang berpangkalan di selatan Wales berkenaan namun sehingga kini peluang mereka untuk menyarung jersi The Bluebirds masih menjadi teka-teki.
Sementara itu, pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata pemergian Safee dan Safiq menjalani latihan bersama Cardiff perlu dilihat daripada sudut positif sebagai pendedahan kepada pemain tempatan.


sumber:Utusan Malaysia Online

17 January 2012

Safee Sali to Galatasaray,Panathinaikos , Paris Saint Germain FC


TEKA-TEKI mengenai masa depan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelabnya, Pelita Jaya hanya akan diketahui selewat-lewatnya penghujung bulan ini.
Pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, setakat ini masih belum ada kata putus mengenai lanjutan kontrak Safee bersama Pelita Jaya sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari ini.
“Kita tunggu penghujung bulan ini. Saya akan ke sana (Indonesia) sekali lagi bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama Pelita Jaya berhubung kontrak Safee selepas perbincangan sebelum ini masih belum menemui jalan penyelesaian,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Pelita Jaya yang mahu menawarkan kontrak lanjutan selama tiga tahun bagi terus mendapatkan khidmat Safee selepas ini.
Ia begitupun kurang dipersetujui kapten Pelita Jaya itu atas alasan ‘terlalu lama’ yang dikhuatiri bakal membuatkan persembahannya kekal statik tanpa sebarang peningkatan.
Selain turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United, Safee menerusi laporan akhbar semalam juga mengakui telah dilamar oleh tiga kelab ternama Eropah.
Safee begitupun enggan mendedahkan nama ketiga- tiga kelab tersebut atas alasan ia sekadar tawaran secara lisan dan masih belum ada sebarang persembahan rasmi dibuat setakat ini.
Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.
Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.
“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya ringkas.
Safee yang telah meledak lima gol sepanjang saingan Liga Super Indonesia (ISL) musim ini merupakan penjaring gol kedua terbanyak setakat ini, selain merupakan satu-satunya pemain dari Asia Tenggara yang berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak ISL.
Pelita Jaya yang menduduki tangga keenam ISL dengan mengumpul 11 mata bakal berdepan cabaran pasukan di tangga kelapan, Mitra Kutai Kartanegara FC di Kalimantan hari ini.
Ketika ditanya mengenai sasaran peribadi Safee untuk mengatasi rekod tujuh gol yang diledaknya bersama Pelita Jaya musim lalu, kata Zakaria:
“Safee tidak meletakkan sebarang sasaran musim ini, sebaliknya berazam untuk mencetak gol setiap kali turun beraksi.”
sunber: Kosmo! Online-Sukan

16 January 2012

Safee ke Eropah


                 Safee Sali sekali lagi bakal mengangkat nama Harimau Malaya dan Malaysia sekiranya segala khabar angin menyatakan Safee dilamar oleh tiga kelab Eropah adalah benar.Setelah mengukir nama diperingkat Asean serta memegang status penyerang berbisa Asean,Safee pula bakal mengukir nama diperingkat Eropah pula.Terdapat tiga kelab yang melamar Safee namun pengurus Safee enggan menyatakannya sehingga perjanjian antara kedua-dua pihak ditandatangi kelak.Sebelum ini,setelah masalah yang melanda Liga Indonesia Safee turut menerima tawaran dari sebuah kelab Thailand,Muang Thong United.Selain itu,hasrat Safee yang mahu beraksi di Cardiff juga bakal tercapai sekiranya memenuhi syarat sekurang-kurangnya sembilan bulan beraksi di kelab Eropah.

"Saya mengaku ada menerima tawaran dari tiga kelab Eropah baru-baru ini. Tawaran itu menyatakan minat untuk menawarkan saya peluang bermain di sana."


"Namun, saya belum bersedia untuk mengumumkan nama-nama kelab berkenaan kerana semuanya terlalu awal. Lagipun ia sekadar tawaran secara lisan"

10 January 2012

King Theirry Henry meledak di Emirates


        Legenda Arsenal Theirry Henry akan beraksi semula di Emirates setelah meninggalkan The Gunners untuk menyertai gergasi Sepanyol,Barcelona dan kelab Amerika Syarikat,New York Red Bulls.Adakah Henry mampu memberi sedikit impak kepada The Gunners? Segala terjawab melalui perlawan FA Cup menentang Leeds semalam.Henry menjaringkan gol tunggal untuk the Gunners bagi membolehkan mereka mara ke pusingan seterusnya.Kegembiraan penyokong The Gunners tidak kekal lama apabila Henry hanya akan beraksi untuk Arsenal secara pinjaman bagi tempoh enam minggu setengah sahaja.


Barca seri,Real gah

Fabregas gagal membantu Barca mengutip 3 mata penuh
                Hajat Juara Sepanyol,Barcelona untuk mengukuhkan cengkaman liga tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Espanyol,sebaliknya musuh ketat mereka Real Madrid dengan mudah menewaskan Granada dengan jaringan 5-1.Real tampak selesa dipersada liga dengan penyerang berbisa mereka                                                                       Karim Benzema kembali menemui sentuhannya pada minit ke-19 diikuti Sergio Ramos, Gonzalo Higuain, Benzema(gol kedua) dan Cristiano Ronaldo.Keputusan seri Barcelona menyaksikan Real masih selesa dipersada liga dengan kelebihan 5 mata mengatasi Barca. 


Andres Iniesta juga bintang yang gagal membantu Barca

Dendam Rooney terbalas,ego City musnah

           Keegoan City sebagai Raja Epl kini telah musnah apabila tewas pada tangan jiran mereka(United).United yang kalah berturut-turut dalam dua perlawanan liga bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ke 10 menerusi Wayne Rooney yang menerima hantaran cantik dari Antonio Valencia.Nasib malang terus melanda City apabila Vincent Kompany diarah keluar padang apabila melakukan terjahan keras keatas Nani.Danny Welbeck turut melakar nama sebagai penjaring selepas mudah menyempurnakan hantaran Evra.Wayne Rooney sekali lagi menambah derita City apabila menjaringkan gol menerusi tandukkannya selepas sepakan penaltinya gagal diselamatkan.


Rooney,dendam masih membara 

             
                     Babak kedua bermula garang apabila City membuka jaringan menerusi jaringan Kolorov dan Sergio Aguero menyumbang gol kedua untuk City.Keputusan akhir United 3 ,City 2 dan United mara ke pusingan seterusnya bertemu the Reds.

06 January 2012

Safee Sali striker terbaik Asia

       Beberapa hari yang lalu,Safee Sali bersama dua orang lagi pemain Harimau Muda (Khairul Fahmi Che Mat dan Fadhli Shas) telah tersenarai sebagai pemain terbaik Asia menerusi Goal.com.Walaupun sebagai striker simpanan pilihan kesebelasan utama Asia kehebatan Safee patut dibanggakan kerana hanya yang terbaik sahaja mampu berada dalam senarai ini.



Penjaga gol
Ali Al-Habsi(Wigan Athletic/Oman)




Bek kanan

Makoto Hasebe(VfL Wolfsburg/Jepun)



Bek tengah
Lee Jung-Soo(Al Sadd/Korea Selatan)


Li Weifeng(Tianjin Teda/China)


Bek kiri
Yuto Nagatomo(Inter/Japan)



Sayap kanan
Park Ji-Sung(Manchester United/Korea Selatan)





Tengah
Mojtaba Jabbari(Esteghlal/Iran)


Server Djeparov(FC Seoul/Al Shabab/Uzbekistan)


Sayap kiri
Matt McKay(Brisbane Roar/Rangers/Australia)


Penyerang
Lee Dong-Gook(Jeonbuk Motors/Korea Selatan)                                                                                          Joshua Kennedy(Nagoya Grampus/Australia)








Simpanan

  1. Mark Schwarzer (AUS)
  1. Hadi Aghily (IRN)
  2. Ahmad Bustomi (IDN)
  3. Shinji Kagawa (JPN)
  4. Safee Sali (MAS)

    Park Chu-Young (KOR)



Mike Havenaar (JPN)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...